Skip to content

Pasaran Antara Koperasi (PAK)

Produk PAK terdiri dari produk kewangan dan produk benar (real) seperti berikut :

  • Penempatan dana di antara koperasi. Koperasi yang mempunyai dana lebihan akan meletakkan dana kepada rakan koperasi yang mengalami defisit
  • Penerbitan dan dagangan Nota koperasi (co-op securities) seperti saham keutamaan anggota, nota emas dan lain-lain
  • Penjualan dan pembelian produk koperasi di antara anggota Federasi seperti bahan-bahan pembinaan, barang-barang kesihatan dan lain-lain serta penyelesaian (settlement)
  • Perkhidmatan penambahan nilai (value added services)
  • Pasaran Maya (Market place) akan diwujudkan di mana barangan dan perkhidmatan koperasi akan disenaraikan di dalam pasaran maya ini
    • Pasaran Maya (Market place) akan diwujudkan di mana barangan dan perkhidmatan koperasi akan disenaraikan di dalam pasaran maya ini
    • Federasi mewujudkan ‘loyalty poin’ untuk  transaksi di dalam pasaran maya. Misalnya, seorang peminjam membayar 1 ribu bagi pembiayaan peribadi. Federasi bersama dengan koperasi yang memberi pembiayaan akan mewujudkan 1 ribu poin yang boleh diguna oleh peminjam di dalam pasaran maya (market place) bagi pembelian barangan dan perkhidmatan koperasi
  • Co-op Switch merupakan sistem penghubung di antara peserta dan produk di dalam PAK
  • Fungsi Coop Switch adalah seperti berikut :
    • Platform dagangan produk kewangan dan benar (real products)
    • Platform penempatan dana
    • Platform penyelesaian (settlement) transaksi
    • Platform pangkalan data (data base) anggota dan sejarah transaksi
    • Platform penyaluran data kepada pihak berkepentingan seperti SKM, BNM dan lain-lain
  • SKM sebagai pengawalselia akan memastikan segala transaksi di PAK melalui co-op switch dijalankan secara teratur. Sebarang kekeliruan atau masalah akan dirujuk kepada SKM