Program Kecairan (Suyulah)

Tujuan Program

Program ini adalah untuk menyediakan platform kecairan kepada anggota secara FedKew membeli/mengambil alih:

  • Portfolio Pembiayaan Anggota
  • Portfolio Ar-Rahnu Anggota
    – Suyulah Emas

Pembiayaan yang diambilalih boleh ditukar kepada Asset Back Securities (ABS).

Buat permulaan sebanyak RM500 juta pembiayaan anggota dikenalpasti untuk program ini

Program Kecairan (Suyulah)

Program ini bermanfaat kepada anggota di dalam ekosistem koperasi

Pembiayaan Berterusan

Program bersiri ini akan mempastikan pembiayaan yang berterusan kepada anggota dan koperasi.

Kos Yang Rendah

Kos anggota secara keseluruhannya dapat dikurangkan memandangkan pemasaran pasaran modal dapat menawarkan kos yang lebih rendah.

Luaskan Pasaran

Membantu anggota memperluaskan perniagaan serta mewujudkan sinergi di antara pasaran koperasi atau pasaran modal.

Penukaran Aset

Federasi akan menukarkan portfolio pembiayaan kepada aset berasaskan sekuriti atau ABS di dalam pasaran modal.

Sekuriti Kewangan

ABS merupakan sekuriti kewangan yang disokong oleh aset seperti pembiayaan, pajakan, hartanah dan lain-lain.