Peranan FedKew
Membantu koperasi membangunkan sasaran perniagaan mereka dengan perkhidmatan kami.
Hubungan
Memberi ruang untuk koperasi meningkatkan hubungan sinergi dagangan. Ini akan meningkatkan transaksi sesama koperasi dan seterusnya keuntungan.
Teknologi
Kesemua transaksi dapat dilaksanakan secara automatik. Kesilapan dan kekeliruan dapat dikurangkan melalui kontran digital dan mempermudahkan segala urusan.
Pelaburan Baru
Mewujudkan keyakinan pelabur untuk melabur di dalam ekosistem koperasi. Ini dapat manaiktaraf sistem ekonomi koperasi di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Eko Koperasi
Mempastikan faedah dapat dikongsi bersama di dalam eko koperasi. Kestabilan serta keselamatan maklumat dipertingkatkan agar tidak berlaku ketirisan ke pihak ketiga.
Peluang
Mewujudkan peluang baru di dalam pembangunan produk/perkhidmatan dan sekaligus dapat menyediakan pekerjaan bagi memastikan servis yang diberikan adalah yang terbaik.
Data Pintar
Data transaksi dapat disimpan secara digital dan dapat digunakan secara menyeluruh untuk tujuan penyelidikan dan perkembangan dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan.
- Memperolehi, mengembeleng dan melindungi sumber modal
- Mewujudkan infra sokongan kepada anggota
- Menubuhkan subsidiari kewangan
- Menyelaras program pembangunan dan pengawalseliaan
- Menjadi pengantara dan pemudahcara
- Menganjurkan kongres, konvensyen, bengkel.
- Memperoleh dan menyelaras laporan anggota
- Meningkatkan penyediaan sumber modal.
- Meningkatkan pembangunan perniagaan seterusnya melipatgandakan keuntungan anggota.
- Perkongsian idea, maklumat, pendidikan, latihan beserta perpindahan teknologi kepada anggota.
- Menghasilkan dasar, kod tingkahlaku professional dan etika-etika beserta SOP perniagaan yang baik untuk pengurusan anggota.
- Aktiviti diatur oleh federasi dengan lebih tersusun untuk meningkatkan tahap profesionalisma, kredibiliti dan kelestarian kepada anggota
Aktiviti FedKew
Penyelaras
Menyelaras program pembangunan dan pengawalseliaan bagi semua koperasi yang menjalankan aktiviti di bawah sektor perkhidmatan kewangan.
Pengantara
Menjadi pengantara dan pemudahcara antara koperasi di bawah sektor perkhidmatan kewangan dengan badan yang mewakili gerakan koperasi di peringkat negara, antarabangsa serta Suruhanjaya.
Penganjur
Menganjurkan kongres, konvensyen, bengkel, taklimat, seminar, lawatan sambil belajar, kursus, ceramah dan sebagainya bagi memperkasakan sektor perkhidmatan kewangan koperasi di Malaysia.